Assalamualaikum dan salam sejahtera. Blog ini adalah khas untuk refleksi pembelajaran studio Grafik Komputer (msg3023).
TUGASAN INDIVIDU
1. POSTER
Tugasan ini telah diberikan pada awal semester berlangsung. Jenis dan Tema adalah bebas untuk dipilih. oleh itu saya memilih untuk membuat poster bertemakan " CYBER BULLIYING ".
APA ITU CYBERBULLIYING?
Cyberbulliying adalah segala bentuk kekerasan yang dialami oleh kanak-kanak atau remaja dan dilakukan oleh rakan seusia mereka melalui internet. antara contohnya, diejek dimalukan, dan dihina oleh rakan melalui internet.
CONTOH POSTER :
![Image result for poster cyberbullying](https://ouastudies.files.wordpress.com/2014/05/cyberbullying-poster.jpg)
Saya menggunakan aplikasi Adobe Photoshop untuk meyiapkan tugasan :)
![Image result for icon adobe photoshop](https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/92/Adobe_Photoshop_CS6_icon.svg/1041px-Adobe_Photoshop_CS6_icon.svg.png)
KARYA POSTER
2. ISLAMIC GEOMETRIC PATTERNS
Tugasan ini merupakan tugasan individu yang kedua. Pada kelas minggu ke 8 tutorial menghasilkan corak arabes telah diberikan oleh Prof Madya Dr Ridzuan Bin Hussin. Prof telah memberikan setiap corak motif arabes di mana tahap 'tahap difficult' dalam menghasilkan adalah aras 'average' iaitu tidak terlalu susah dan tidak terlaly senang. Tugasan ini perlu dihasilkan menggunakan AI dan PS dan bersaiz A3. Tugasan ini dinilai dari segi saiz corak, warna dan kekemasan.
ISLAMIC GEOMATRIC PATTERNS
TUGASAN BERKUMPULAN
Tugasan kali ini adalah tugasan berkumpulan. Kumpulan saya terdiri daripada 3 orang iaitu NurFarrahanem, Shamsul Taufik dan saya sendiri.
Arahan tugasan ini adalah, kami perlu rebranding company. kami telah memilih compani Jabatan kami sendiri iaitu Jabatan Seni Reka Bentuk.
Pengenalan jabatan:
Pada 15 September 2009, Senat UPSI meluluskan cadangan penstrukturan semula fakulti di Universiti Pendidikan Sultan Idris bermatlamat untuk menyesuaikan program akademik dan bidang pengajian yang ditawarkan oleh fakulti selaras dengan perkembangan terkini dan keperluan negara. Fakulti dan jabatan yang digabungkan adalah Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Jabatan Seni (dari Fakulti Seni dan Muzik). Kombinasi ini menghasilkan satu fakulti baharu dikenali sebagai Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif. Fakuti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) telah ditubuhkan pada 1 Jun 2010. Fakulti ini mempunyai tiga jabatan iaitu Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Jabatan Komputeran dan Jabatan Multimedia Kreatif. Pelbagai program dan peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah ditawarkan oleh FSKIK bagi memenuhi keperluan industri kreatif yang menyediakan graduan dengan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan sama ada dalam bidang pendidikan mahupun dalam industri kreatif sedunia.
Kami rebranding identiti coperate jabatan antaranya:
- logo
- poster
- mockup
- bas
- baju
- letterhead
- sampul surat
- topi
- kad
- storyboard
a. LOGO
Ini merupakan logo yang kami hasilkan. kami hanya menggunakan font sebagai logo kami. antara fornt yang digunakan adalah phrastic medium regular, knight brush demo, puncline filled dan raul-5. penggunaan warna juga kami gunakan pelbagai warna yang digunkan kerana kami ingin menunjukkan keindahan dalam dunia seni. reka letak font juga amat memainkan peranan dalam menghasilkan logo yang kreatif. kami menggunakan PS untuk menghasilkan logo yang cantik ini.
b. POSTER
:- sila tekan link diatas untuk melihat hasil tugasan kami:)
Poster yang kami hasilkan adalah menggunakan PS. Poster kami lebih kepada pengenalan kepada jabatan. hal ini kerana, tidak ramai warga UPSI yang mengenali Jabatan Seni Reka bentuk oleh kerana jumlah kita yang kecil berbanding jabatan lain. Dengan penghasilan poster yang lebih kepada pengenalan ini saya percaya kami dapat menyampaikan objektif yang diinginkan.
c. STORYBOARD
Storybord adalah satu tugasan yang mencabar bagi kami kerana ia merupakan perkara baru yang kami pelajari. Tetapi kami dapat mengatasi cabaran tersebut dengan baik dan jayanya :)
Kami menggunakan aplikasi Aftereffect (AE) untuk menghasilkan tugasan ini.
Didalam video ini kami masukkan logo kami dan beberapa elemen-eleman seni seperti alatan seni dan media seni. Effect denyutan yang kami masukkan adalah membawa makna kepada JSRB ini adalah nadi kepada kita warga seni upsi. dengan adanya sound effect ia membuatkan lagi story board ini lebih menarik. Hayatilah video pendek yang kami hasilkan :)
d. MOCKUP
comel tak??
Gambar diatas merupakan hasil ciptaan mockup kami. Tugasan ini kami telah hasilkan dengan menggunakan AI. Kenapa semut merah? kerana semua sedia maklum bahawa semut adalah serangga yang rajin dan ia juga bukan sahaja kecik tetapi sengatan nya amat berbisa. Begitulah kami menganggap JSRB ini. walaupun JSRB organisasi yang kecik tetapi ianya amat gah di UPSI. Itu yang kami harapkan. Kami juga memasukkan batang berus warna kerana ingin membawa identiti seni.
SESI PERBENTANGAN HASIL TUGASAN
Kami telah membuat perbentangan pada 22 mei 2019 jam 8 pagi di Studio Grafik. Perbentangan telah berjalan dengan lancar dan baik. Alhamdullilah syukur kerana kami dapat mnyelesaikan tugasan ini pada masa yang telah ditetapkan dan hasil tugasan ini memuaskan kami. Harapan kami agar boleh mendapat dengan keputusan yang baik. Terima kasih Dr Wani :)